♥ Favorite Quotation ♥

"Verily After Each Difficulty, There's a Relief ~ Surah al-Inshirah - 5"

Monday, March 30, 2009

sebalang..

Posted by ♥ lovable... at 5:10 PM 0 comments

maaf.
aku banyak terhutang budi dengan manusia
banyak hutang perasaan dengan manusia
tapi kalupun aku bayar
aku tahu takkan cukup

aku tak ada kuasa katup minda dan mulut

aku tak luak diorangasingkan manusia
aku tak luak diorangjahatkan manusia

tapi

aku tak hendak diorangasingkan tuhan
aku tak hendak diorangjahatkan tuhan
aku tak sanggup diorangjahatkan tuhan

aku tak minta ruang utk bernafas
kerana nafas itu tuhan aku yang beri

aku minta terus dipicit butang play and forward
bukan dipicit butang stop dan rewind, stop dan rewind

egois, tawar hati - adalah dua perkara berbeza
orang pandang aku pertama walhal aku yang kedua
aku dah telan terlalu banyak pil - bukan secara literal - bulan ini
aku perlu telan dan tenang, telan dan tenang, telan dan tenang

- bukan secara literal

saya
yg tawar hati
(^-^)
...subuh gajah lagi.


Saturday, March 28, 2009

WHY TEACHER GET SO STRESSED..??

Posted by ♥ lovable... at 4:33 PM 0 comments

when in school we always wondered know why teachers always seemed so mad now we know the reason. b'cz they are so stressed out by our kids..
why..??
read below the essay to know
I really sympathize with this teacher




Wednesday, March 25, 2009

mata kuyu

Posted by ♥ lovable... at 6:40 AM 0 comments
aduh..barangkali aku perlu bantal dan selimut...
mata ngantuk sudah tak terdaya mahu dilawan..
lekas2 lah suboh..

sakit kepala..
sakit tekak..
tidak sehat mungkin juga..

Tuesday, March 24, 2009

aku diorangasingkan

Posted by ♥ lovable... at 7:31 AM 2 comments

entri ini ak pusing-pusing ayat biar jadi samar akan kata yang aku mahu sampaikan

asli dari aku buat yang sesakkan aku. tak tahu mana salah, silap langkah aku mangsa yg terpaksa diserah

mana mungkin aku diam kerana ada yg beri perhatian bahawa aku diperkotak-katik

diorangasingkan itu sakit

diorangasingkan itu perit

aku seperti meminta sedekah pada sahabat


sedekah yang bukan wang ringgit

sedekat yang dulu tak ditagih


benar, wang ringgit paling aku perlu

namun, wang ringgit juga peling aku gerun


kuasanya mengubah manusia menakutkan aku, menyedihkan aku


hinga aku tak kenal sudah siapa dia

hingga akukeliru apa hak aku sebenarnya


aku seperti peminta sedekah yang duduk ditempat kotor di tengah pasar sesak dengan ratusan manusia tinggi lalu lalang aku tak pasti bagaimana aku boleh berada di sini dan kenapa semua jadi begini namun dalam keliru itu diorangasingkan itu diorangjahatkan itu aku sedar satu perkara :

aku sama ada halimunan, atau dikasihani serentak dibenci
bezanya kalau aku punya wang ringgit

aku luluh pada hari sahabat boleh dibeli


maharani ,
perak,

sedih campur kecik hati....pada yg tak mengerti..

Sunday, March 22, 2009

kisah gadis itu

Posted by ♥ lovable... at 4:22 AM 0 comments
dia yg bernama GADIS..

jiwa gadis pada si polan yg bernama sang separuh. separuh kerana si polan itu melengkapkan gadis. separuh campur separuh, nah..jadilah Gadis sempurna.

namun sang separuh kian datang dan persi sesuka hati, dia kasih, tegasnya namun masih dia datang dan pergi sesuka hati. sang separuh lelaki baik tapi prinsipnya lemah tanggungjawabnya samar.

satu hari sang separuh hilang lagi. minggu ganti bulan, masih juga belum kembali. tidak tinggal apa untuk meneman si gadis, hanya sehelai baju sang separuh dan kenangan yg berkeliaran di sekeliling, menyesakkan nafas si gadis. susah gadis, senang gadis, sang separuh tidak kisah dan tidak ambil kisah. lama begini hingga gadis terbiasa. dungu gadis hanya sebentar. berpulas gadis hidup sebagusnya dengan sisa yang ada. dari terduduk gadis bertatih dan berdiri. aneh gadis gagah begini. di mata semua gadis itu seorang diri. tapi riak wajah gadis tidak. tidak terkilas rupa sepi. malah, saban hujung hari, gadis gembira dan cepat-cepat pulang, kamarnya dikunci rapat. entah siapa yang mengisi rompong gadis, tiada yg tahu. yg pasti gadis sudah kembali ke gelanggang.

tiba-tiba, tidak semena-mena...sang separuh pulang. tenang dan bersahaja. tidak ada riak rasa bersalah. balik sang separuh tidak disambut dengan rangkul riang seperti selalu. gadis sekadar senyum penuh maksud. sayang..sang separuh bukan lagi separuh. suku pun bukan. kurang barangkali..


sang separuh tidak puas hati..

kau ada lelaki lain?

-tidak

jadi kenapa kali ni kau tidak mahu aku?

-aku sudah lengkap

bagaimana?

-aku sudah ada tempat bergantung

jadi kau ada lelaki lain?

-tidak

bohong?

-aku tidak bohong. dia tidak pernah tinggalkan aku.

kau ada lelaki lain?

-dia tidak pernah hampakan aku

kau ada lelaki lain?

-dia sentiasa meneman aku

kau ada lelaki lain?

-dia tetap dalam dakapan aku

kau ada lelaki lain?

-dia sentiasa mendengar aku

kau ada lelaki lain?

-dia kesat air mata aku

kau ada lelaki lain?

-dia telah menggantikan kau

kau ada lelaki lain?

-tidak. tapi dia layang aku harap berbandingkan kau

kau ada lelaki lain? siapa dia?

-baju

lidah sang suku pun bukan jadi kelu. sama ada dia tidak faham, atau dia faham tapi keliru.

dan dia yang bernama gadis berlalu pergi..


-aku bahagia bersandar pada yang tidak bernyawa. dia tetap saja ada. kan?


maharani,

perak..


Saturday, March 21, 2009

secret admire

Posted by ♥ lovable... at 9:32 PM 0 comments

jalan sorang-sorang

hati manusia itu sesuatu yang rumit, sulit..sepuluh orang boleh melalui peristiwa yang sama, tapi belum tentu akan merasakan perasaan yang sama. barangkali, sebab ini saya kurang berani membalas "awak...saya faham apa yg awak rasa" bila aku dengar org mengadu masalah.
apa yg saya boleh kata, saya mengerti masalah awak tapi saya tak boleh rasa apa yg awak rasa. (bende ni juga seringkali kawan2 aku kata kat aku klu aku ngadu kat diaorg masalah aku ; terutamanya kak intan) :)
kalaupun orang lain pakai kasut kita, belum tentu dia akan rasa melecet ditempat yang sama, jari yang sama.
barangkali kakinya yang lenguh. mungkin bukan jarinya yang melecet. kasut yang sama, kaki yang beza. pengalaman yang sama tapi penerimaan yang berbeza.

saya percaya kita semua adalah seorang pemuja rahsia means 'secret admire'. awak kasih gadis di kaunter prtanyaan LRT dalam diam. awak kasih lelaki saban hari di LRT dalam diam. awak kasih jiran sebelah rumah dalam diam. awak kasih rakan sekelas dalam diam. awak kasih guru muda dalam diam. awak kasih yang dah berpunya dalam diam. awak kasih kenalan siber dalam diam. awak kasih sepupu sahabat dalam diam.

dan ia tak berakhir disitu.....

saya tak tahu bg anda...tapi bagi saya sepasang manusia berkasih, bertunang atau berkahwin, juga sebenarnya adalah seorang pemuja rahsia. awak ada dia ; jadi awak pasti kalian berdua rasa perkara yang sama- awak mugkin dah tersilap. secara umum, memang kalian tahu kalian kasih antara satu sama lain. Tapi..tingkatnya bagaimana..? Kesanggupannya..? Ketakutannya...? Perhatiannya..? Harapannya..? Niatnya..? Mana kalian tahu... Betul tak.......? Tak semua kita kongsi. tak semua yang diucap itu sama ukur dengan semua yang dihati....

pemuja rahsia ini akan mengambil masa iuntuk memastikannya. meraka akan bermonolog utk mengatakan ya atau tidak bahawa sebenarnya dia minat pada seseorang.
tindak balas atau (respons) adalah bonus utk dia. mereka akan meraikannya dalam hati secara sendiri. tapi kebanyakkan mereka hanya suka memerhatikan dari jauh. contoh..hari ni dia pakai baju yg sama. (sapa2 yg terasa mintak maaplah ye..ain..)

lain orang lain pendapat tentang apa itu kebahagiaan..? means..apa yg buat dia bahagia terhadap respons secret admire dia. ada org cukuplah setakan perhatikan dia..gerak geri dia..ada orang sampai asik nak ikut dia, dan cuba luahkan. hmm..yg ni bukan jenis saya. mudah sangat berterus terang. mereka ada cara sendiri utk melepaskan perasaan terhadap seseorang yang mereka suka. mereka cuba yang terbaik utk menjatuhkan diding-dinding yang ada supaya ia nampak jelas tanpa buka pintu dan memberi masuk. mereka yang diperhatikan akan terlihat ada sesuatu yg cuba minta disingkap dan difahami isinya. tapi..apakah keputusannya, sama ada buat2 tak nampak..atu dah masuk ke bilik hati dan keluar balik atau buat macam bilik sendiri. huh..!
anda tak kan boleh mengharap 100% orang itu akan memahami perasaan anda. mungkin bilik yg anda sediakan utk dia, kurang selesa utk dia, sempit..atau luas sangat atau terlalu panas barangkali. kerana dia juga punya selera yg tersendiri. anda juga tak boleh menyalahkan dia, kerana dia bukan anda.

supaya anda hentikan agar bilik anda tidak terusik atau disepahkan sesuka hati..biarlah anda menjadi pemuja rahsia tanpa menjemput mereka masuk. biarlah dia yg datang sendiri dan mengetuk pintu membawa bunga ros kale merah dan sebentuk cincin permata. beri salam lalu anda jemput masuk. itu lebih elok. sebab itu saya lebih suka menjadi pemuja rahsia..dan rhsia itu hanya saya dan hari saya saja yg tahu.

lihat situasi ini...
si isteri lihat si suami tidur, senyap-senyap dia bisik dalam hati, saya harap umur awak lebih panjang dari saya. si tunang lihat pasangannya mengidam novel, diam-diam dia langgankan setiap bulan, walaupun duit makannya sesak. si adam lihat si hawa cukup segala sifat, senyap-senyap dia rasa kerdil, separuh nyawa mengejar kesempurnaan
Si Adam lihat Si Hawa cukup segala sifat, senyap-senyap dia rasa kerdil, separuh nyawa mengejar kesempurnaan Si Hawa, sedang pada mata Si Hawa dia baik-baik saja.

begitulah. selagi kita manusia lain-lain jiwa, selagi itu kita seorang pemuja rahsia..

hati manusia, seperti saya katakan tadi, sesuatu yang rumit dan sulit.

saya juga...

entri ni saya juga tujukan buat kawan baik saya..yg tengah minat kat seseorang..kadangkala gembira..kadang2 jiwanya meronta dan melonjak nak luahkan..p/s saya pada dia..sabar dulu..jgn luahkan satu hari dia akan lebih mengerti perasaan kamu yg sukakan dia.......
:)

maharani,

tg.malim..
tengahari lepas jalan2 kat proton city..

Friday, March 20, 2009

rojak berenang

Posted by ♥ lovable... at 10:36 PM 0 comments

ini lontong bukan rojak

ahli politik macam rojak

ada tahu ada sotong ada telur ada timun, macam2 jenis lauk ada.
tapi kuahnya tetap satu dan sama = wang

lauk = ahli politik
kuah = wang

jam 8 tengok tv makan rojak banyak-banyak

dah nak jelak

rojaknya semangkuk lauk
tapi sebaldi kuah
dah macam rojak berenang

rojak berenang bila ia dibiar lama-lama
bawah matahari atau bulan

kuahnya akan kering dan lauknya akan busuk

diulang : LAUKNYA BUSUK

jgn selam klu tak pandai berenang, klu lemas kang sape yg susah..

fikir2kan lah ye...

Wednesday, March 18, 2009

benar mimpi itu indah..

Posted by ♥ lovable... at 4:59 AM 0 comments

terkadang pagi itulah keindahan akan turut hadir sama ada sedar atau tidak. kami akan saling mengucapkan selamat pagi antara satu sama lain. selain bertanya khabar atau saling tersenyum.
namun, pagi yg indah itu depermulakan dgn kata-kata kesat dan menyesakkan telinga yg turut lesu. pagi itu seakan mengerti.
dimanakah punca kesilapan itu....?

*7.30 a.m

saya masih igt lagi bagaimana cepatnya denyutan jantung yg turut terkesan dan saya dpt bayangkan kupu2 yg slama ini berterbangan riang dlm hati direntap dgn genggaman yg hebat membuatkan ianya remuk dan musnah lantas tidak lagi berterbangan disetiap ruang pelusuk yg ada.

saya akan masih merasakan yg sama jika tangan itu, masih merentap kupu-kupu tidak berdosa. sesak nafas dan tidak bermaya..mungkin juga.

*7.58 a.m

saya jeling di jendela, lantas saya terpandang awan semakin berarak dan berpisah. kenapa terlalu awal dan sekejap sgt. gopoh..! saya fikir saya akan melihatnya dgn rupa yg sgt indah dan dpt lihat lama-lama.

tunggu dulu..saya masih tunggu keindahan rupa awan yg berarak itu..!

*8.03 a.m

saya takut..saya seorang yg penakut.
saya takut banyak perkara. saya takut tentang perkara yg lepas..apalagi perkara yg akan berlaku.
ajar dan tunjukkan saya bagaimana saya mahu mengenal nilai..? apa saja tentang nilai..
beritau saya..apa yg tidak kena..apa saja yg kamu rasa perlu saya lakukan.

walau mereka berkata..mereka akan datang dan pergi..dan mereka akan tidak lupa utk ucapkan sesuatu..
jadi..tolong beritahu saya..supaya saya tidak takut akan kahilangan...

*8.14 a.m

saya lihat awan tadi..semakin beransur..pergi dan mungkin tidak akan dtg seperti pagi tadi..
adakah awak juga begitu..?

*8.16 a.m

yg malam dia aku selimutkan..
yg tingkap dia aku langsirkan..

banyak rasa merontah..
mahu dan pinta ditukar jadi kata..

tapi bibir disirih racun..
rasa tadi mati di mulut..

sebaliknya ia salur dimata..jadi genang..

barangkali..tuhan tidak mahu aku tuturkan lagi..
tiga kata yg aku simpan dlm hati untuk dia..
kerana belum tentu dia sedar..belum tentu dia faham..
maksud 3 kata itu..
kerana ia terlalu istimewa.

*8.26 a.m

aku kayuh..aku kayuh...kayuh laju-laju..
tetap jatuh..

aku dayung..aku dayung..
tetap juga air surut.

yg tak sempurna dipatah dek sempurna..
yg sempurna kekal sempurna..


jadi...
tidurlah...indahnya realiti cuma pada mula..
indah mimpi selama-lamanya..
mimpi kita..

wahai..silipurlara..
katakanlah. adakah kamu ada di tempat itu. kamu pasti. kamu tahu saya juga ada disekitar kamu.
yg sedang tunggu sapa-sapa yg ada di sekitar itu.
utk jadi tetamu..tetamu saya..saya tunggu....




*8.45

hai...si payung..
sipayung halimunan..

dulu dia hilang..puas aku cari..
aku temu..aku pegang..aku tumpang teduh..indah..
kemudian dia hilang lagi..

aku berlari anak..
disuatu bukit indah..
hujan waktu itu sepertinya, cantik..
tapi kali ini aku berdiri satu pusat tanpa berpayung lagi.

aku menunggu di suatu tanah lapang. sunyi..
tanpa sesiapa..
aku cuma..dan menanti si payung halimunan..
datang kembali.

kini...dia hilang lagi..
sementara hujan mendingin tubuh (aku), dan hati (dia).

*9.02

tweet..tweet...

alarm bunyi..(bising)

aku sedar..
aku hanya mimpi..
namun aku masih menanti..
si payung halimunanku akan ketemu..

KEMBALI..

....saya sayang payung itu..walau dia hanya halimunan dlm mimpi dan jaga..

maharani...
TG.MALIM..
hari awan berarak..

Wednesday, March 4, 2009

GADIS

Posted by ♥ lovable... at 6:42 AM 0 comments

dia yg bernama GADIS..

jiwa gadis pada si polan yg bernama sang separuh. separuh kerana si polan itu melengkapkan gadis. separuh campur separuh, nah..jadilah Gadis sempurna.

namun sang separuh kian datang dan persi sesuka hati, dia kasih, tegasnya namun masih dia datang dan pergi sesuka hati. sang separuh lelaki baik tapi prinsipnya lemah tanggungjawabnya samar.

satu hari sang separuh hilang lagi. minggu ganti bulan, masih juga belum kembali. tidak tinggal apa untuk meneman si gadis, hanya sehelai baju sang separuh dan kenangan yg berkeliaran di sekeliling, menyesakkan nafas si gadis. susah gadis, senang gadis, sang separuh tidak kisah dan tidak ambil kisah. lama begini hingga gadis terbiasa. dungu gadis hanya sebentar. berpulas gadis hidup sebagusnya dengan sisa yang ada. dari terduduk gadis bertatih dan berdiri. aneh gadis gagah begini. di mata semua gadis itu seorang diri. tapi riak wajah gadis tidak. tidak terkilas rupa sepi. malah, saban hujung hari, gadis gembira dan cepat-cepat pulang, kamarnya dikunci rapat. entah siapa yang mengisi rompong gadis, tiada yg tahu. yg pasti gadis sudah kembali ke gelanggang.

tiba-tiba, tidak semena-mena...sang separuh pulang. tenang dan bersahaja. tidak ada riak rasa bersalah. balik sang separuh tidak disambut dengan rangkul riang seperti selalu. gadis sekadar senyum penuh maksud. sayang..sang separuh bukan lagi separuh. suku pun bukan. kurang barangkali..


sang separuh tidak puas hati..

kau ada lelaki lain?

-tidak

jadi kenapa kali ni kau tidak mahu aku?

-aku sudah lengkap

bagaimana?

-aku sudah ada tempat bergantung

jadi kau ada lelaki lain?

-tidak

bohong?

-aku tidak bohong. dia tidak pernah tinggalkan aku.

kau ada lelaki lain?

-dia tidak pernah hampakan aku

kau ada lelaki lain?

-dia sentiasa meneman aku

kau ada lelaki lain?

-dia tetap dalam dakapan aku

kau ada lelaki lain?

-dia sentiasa mendengar aku

kau ada lelaki lain?

-dia kesat air mata aku

kau ada lelaki lain?

-dia telah menggantikan kau

kau ada lelaki lain?

-tidak. tapi dia layang aku harap berbandingkan kau

kau ada lelaki lain? siapa dia?

-baju

lidah sang suku pun bukan jadi kelu. sama ada dia tidak faham, atau dia faham tapi keliru.

-aku bahagia bersandar pada yang tidak bernyawa. dia tetap saja ada. kan?


dan dia yang bernama Gadis berlalu pergi..


 

♥ my cliche ::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez