♥ Favorite Quotation ♥

"Verily After Each Difficulty, There's a Relief ~ Surah al-Inshirah - 5"
Showing posts with label monolog pantai. Show all posts
Showing posts with label monolog pantai. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

kesima

Posted by ♥ lovable... at 4:29 AM 0 comments
dalam perjalanan ke kampus ptg tadi,
aku dikesima arak-arak awan.
aku tak tahu apa bentuk mahu aku namakan.
segitiga?
segi empat?
bujur?
bulat?
tak..tak ada bentuk.
-serabut

tapi..indahnya buat mata aku tak pejam.
ya..sekarang aku faham.

Tuesday, March 24, 2009

aku diorangasingkan

Posted by ♥ lovable... at 7:31 AM 2 comments

entri ini ak pusing-pusing ayat biar jadi samar akan kata yang aku mahu sampaikan

asli dari aku buat yang sesakkan aku. tak tahu mana salah, silap langkah aku mangsa yg terpaksa diserah

mana mungkin aku diam kerana ada yg beri perhatian bahawa aku diperkotak-katik

diorangasingkan itu sakit

diorangasingkan itu perit

aku seperti meminta sedekah pada sahabat


sedekah yang bukan wang ringgit

sedekat yang dulu tak ditagih


benar, wang ringgit paling aku perlu

namun, wang ringgit juga peling aku gerun


kuasanya mengubah manusia menakutkan aku, menyedihkan aku


hinga aku tak kenal sudah siapa dia

hingga akukeliru apa hak aku sebenarnya


aku seperti peminta sedekah yang duduk ditempat kotor di tengah pasar sesak dengan ratusan manusia tinggi lalu lalang aku tak pasti bagaimana aku boleh berada di sini dan kenapa semua jadi begini namun dalam keliru itu diorangasingkan itu diorangjahatkan itu aku sedar satu perkara :

aku sama ada halimunan, atau dikasihani serentak dibenci
bezanya kalau aku punya wang ringgit

aku luluh pada hari sahabat boleh dibeli


maharani ,
perak,

sedih campur kecik hati....pada yg tak mengerti..

Saturday, March 21, 2009

secret admire

Posted by ♥ lovable... at 9:32 PM 0 comments

jalan sorang-sorang

hati manusia itu sesuatu yang rumit, sulit..sepuluh orang boleh melalui peristiwa yang sama, tapi belum tentu akan merasakan perasaan yang sama. barangkali, sebab ini saya kurang berani membalas "awak...saya faham apa yg awak rasa" bila aku dengar org mengadu masalah.
apa yg saya boleh kata, saya mengerti masalah awak tapi saya tak boleh rasa apa yg awak rasa. (bende ni juga seringkali kawan2 aku kata kat aku klu aku ngadu kat diaorg masalah aku ; terutamanya kak intan) :)
kalaupun orang lain pakai kasut kita, belum tentu dia akan rasa melecet ditempat yang sama, jari yang sama.
barangkali kakinya yang lenguh. mungkin bukan jarinya yang melecet. kasut yang sama, kaki yang beza. pengalaman yang sama tapi penerimaan yang berbeza.

saya percaya kita semua adalah seorang pemuja rahsia means 'secret admire'. awak kasih gadis di kaunter prtanyaan LRT dalam diam. awak kasih lelaki saban hari di LRT dalam diam. awak kasih jiran sebelah rumah dalam diam. awak kasih rakan sekelas dalam diam. awak kasih guru muda dalam diam. awak kasih yang dah berpunya dalam diam. awak kasih kenalan siber dalam diam. awak kasih sepupu sahabat dalam diam.

dan ia tak berakhir disitu.....

saya tak tahu bg anda...tapi bagi saya sepasang manusia berkasih, bertunang atau berkahwin, juga sebenarnya adalah seorang pemuja rahsia. awak ada dia ; jadi awak pasti kalian berdua rasa perkara yang sama- awak mugkin dah tersilap. secara umum, memang kalian tahu kalian kasih antara satu sama lain. Tapi..tingkatnya bagaimana..? Kesanggupannya..? Ketakutannya...? Perhatiannya..? Harapannya..? Niatnya..? Mana kalian tahu... Betul tak.......? Tak semua kita kongsi. tak semua yang diucap itu sama ukur dengan semua yang dihati....

pemuja rahsia ini akan mengambil masa iuntuk memastikannya. meraka akan bermonolog utk mengatakan ya atau tidak bahawa sebenarnya dia minat pada seseorang.
tindak balas atau (respons) adalah bonus utk dia. mereka akan meraikannya dalam hati secara sendiri. tapi kebanyakkan mereka hanya suka memerhatikan dari jauh. contoh..hari ni dia pakai baju yg sama. (sapa2 yg terasa mintak maaplah ye..ain..)

lain orang lain pendapat tentang apa itu kebahagiaan..? means..apa yg buat dia bahagia terhadap respons secret admire dia. ada org cukuplah setakan perhatikan dia..gerak geri dia..ada orang sampai asik nak ikut dia, dan cuba luahkan. hmm..yg ni bukan jenis saya. mudah sangat berterus terang. mereka ada cara sendiri utk melepaskan perasaan terhadap seseorang yang mereka suka. mereka cuba yang terbaik utk menjatuhkan diding-dinding yang ada supaya ia nampak jelas tanpa buka pintu dan memberi masuk. mereka yang diperhatikan akan terlihat ada sesuatu yg cuba minta disingkap dan difahami isinya. tapi..apakah keputusannya, sama ada buat2 tak nampak..atu dah masuk ke bilik hati dan keluar balik atau buat macam bilik sendiri. huh..!
anda tak kan boleh mengharap 100% orang itu akan memahami perasaan anda. mungkin bilik yg anda sediakan utk dia, kurang selesa utk dia, sempit..atau luas sangat atau terlalu panas barangkali. kerana dia juga punya selera yg tersendiri. anda juga tak boleh menyalahkan dia, kerana dia bukan anda.

supaya anda hentikan agar bilik anda tidak terusik atau disepahkan sesuka hati..biarlah anda menjadi pemuja rahsia tanpa menjemput mereka masuk. biarlah dia yg datang sendiri dan mengetuk pintu membawa bunga ros kale merah dan sebentuk cincin permata. beri salam lalu anda jemput masuk. itu lebih elok. sebab itu saya lebih suka menjadi pemuja rahsia..dan rhsia itu hanya saya dan hari saya saja yg tahu.

lihat situasi ini...
si isteri lihat si suami tidur, senyap-senyap dia bisik dalam hati, saya harap umur awak lebih panjang dari saya. si tunang lihat pasangannya mengidam novel, diam-diam dia langgankan setiap bulan, walaupun duit makannya sesak. si adam lihat si hawa cukup segala sifat, senyap-senyap dia rasa kerdil, separuh nyawa mengejar kesempurnaan
Si Adam lihat Si Hawa cukup segala sifat, senyap-senyap dia rasa kerdil, separuh nyawa mengejar kesempurnaan Si Hawa, sedang pada mata Si Hawa dia baik-baik saja.

begitulah. selagi kita manusia lain-lain jiwa, selagi itu kita seorang pemuja rahsia..

hati manusia, seperti saya katakan tadi, sesuatu yang rumit dan sulit.

saya juga...

entri ni saya juga tujukan buat kawan baik saya..yg tengah minat kat seseorang..kadangkala gembira..kadang2 jiwanya meronta dan melonjak nak luahkan..p/s saya pada dia..sabar dulu..jgn luahkan satu hari dia akan lebih mengerti perasaan kamu yg sukakan dia.......
:)

maharani,

tg.malim..
tengahari lepas jalan2 kat proton city..
 

♥ my cliche ::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez