♥ Favorite Quotation ♥

"Verily After Each Difficulty, There's a Relief ~ Surah al-Inshirah - 5"

Saturday, May 2, 2009

masa kita belum sampai..

Posted by ♥ lovable... at 10:09 PM 2 comments
"kau takkan tahu selagi kau tak masuk universiti"
"kau takkan tahu selagi kau tak bekerja"
"kau takkan tahu selagi kau tak beli kereta"
"kau takkan tahu selagi kau tak ada rumah sendiri"
"kau takkan tahu selagi kau tak berkahwin"
"kau takkan tahu selagi kau tak ada anak"
"kau takkan tahu selagi kau tak jadi ibu"
"kau takkan tahu selagi kau tak jadi bapa"
"kau takkan tahu selagi kau tak rasa kehilangan/kemalangan"
"kau takkan tahu selagi kau tak rasa dikhianati/ditinggalkan"

kadang-kadang kita cuba sehabis baik pun, ia takkan cukup, dan orang takkan nampak semata-mata sebab masa kita belum sampai.

kita terus dipandang remeh dan rendah semata-mata sebab masa kita belum sampai.

pengalaman memanusiakan manusia.
namun, ada masa, pengalaman meninggikan manusia. Lalu mereka jadi superior.

salah kita kah kalau kita belum masuk universiti?
salah kita kah kalau kita belum bekerja?
salah kita kah kalau kita belum beli kereta?
salah kita kah kalau kita belum ada rumah sendiri?
salah kita kah kalau kita belum kahwin?
salah kita kah kalau kita belum ada anak?
salah kita kah kalau kita belum jadi ibu?
salah kita kah kalau kita belum jadi bapa?
salah kita kah kalau kita belum merasa kemalangan/kahilangan?
salah kita kah kalau kita belum merasa dikhianati/ditinggalkan?

seolah hina jadi orang 'muda' yang pengalamannya belum cukup dan masanya belum sampai.

walhal pengetahuan bermula dengan jahil,
superior bemula dengan inferior,
matang bermula dengan naif.

Kita semua ada waktuu masng-masing. Dan kita hormat antara satu sama lain.
masa kita belum sampai. Dan masa kita akan sampai.

Raja Waktu adalah Tuhan ; bukan kerja kita putar jam Dia.
Biar kita dengan waktu kita.
Biar kita dengan waktu kita.

ingatlah kiri dan kanan setia mendengar..
jgn kita jadi org yang bongkak sedangkan berjalan di dunia pinjaman.





seha,
menginjak zohor...

Wednesday, April 29, 2009

tin kosong

Posted by ♥ lovable... at 3:57 AM 0 comments

Tuesday, April 28, 2009

kesima

Posted by ♥ lovable... at 4:29 AM 0 comments
dalam perjalanan ke kampus ptg tadi,
aku dikesima arak-arak awan.
aku tak tahu apa bentuk mahu aku namakan.
segitiga?
segi empat?
bujur?
bulat?
tak..tak ada bentuk.
-serabut

tapi..indahnya buat mata aku tak pejam.
ya..sekarang aku faham.

Monday, April 27, 2009

tak boleh

Posted by ♥ lovable... at 9:11 AM 2 comments
mustahil
merepek.
mengarut.
tak logik.
tak mungkin
tak masuk akal -

bila kau kata kau suka aku,
sedang kau bukan tahu apa ; tak kenal sgt pon.

tak kenal maka tak boleh suka

--

mustahil.
merepek.
mengarut.
tak logik.
tak mungkin.
tak masuk akal -

bila kau kata kau suka aku,
sedang kau kenal aku lama, dah nampak segala cela.

dah nampak jadi tak boleh suka.

- saya suka org yg biasa2 saja.
tak pyh baik sgt. tp bukan jahat..!

Thursday, April 9, 2009

gambar

Posted by ♥ lovable... at 4:48 PM 0 comments


mahu tak mahu
kita adalah sepapan suai gambar
hasil cantuman keping-keping setiap orang yang menghinggapi kita
cantik atau hodoh mana pon mereka
mereka telah sempurnakan kita


"kau di hatiku"


..:: seha ::..

Tuesday, April 7, 2009

takut

Posted by ♥ lovable... at 5:32 AM 0 comments
aku dengar aku takut
aku dengar aku tak sangka
aku dengar aku terpinga
sukarnya, pedihnya
sakitnya
bila diduakan dlm dunia rumahtangga




.................aku hanya mampu doakan utk dia





Sunday, April 5, 2009

perempuan...

Posted by ♥ lovable... at 3:13 AM 0 comments
ini bukan gambar saya

perempuan itu makhluk hidup..
mereka bernafas seperti diriku..
menangis seperti aku menangis..
tertawa hal lucu seperti aku tertawa kekonyolan..
marah kerana diabaikan seperti aku marah dikecewakan..

mereka manusia seperti diriku
dan..
aku benar2 mengagumi betapa
ada suatu peribadi yang hidup dab berkembang dalam bungkusan secantik itu..
betapa nikmat dicintai dan dihargai suatu yang sangat peribadi di hati..

aku juga belajar
untuk mencintai
untuk melupakan
untuk menerima kenyataan
untuk hidup
....
dan kini aku belajar untuk menghargai hidup
dan
bertahan hidup



i'm still learning something....



 

♥ my cliche ::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez