"kau takkan tahu selagi kau tak masuk universiti"
"kau takkan tahu selagi kau tak bekerja"
"kau takkan tahu selagi kau tak beli kereta"
"kau takkan tahu selagi kau tak ada rumah sendiri"
"kau takkan tahu selagi kau tak berkahwin"
"kau takkan tahu selagi kau tak ada anak"
"kau takkan tahu selagi kau tak jadi ibu"
"kau takkan tahu selagi kau tak jadi bapa"
"kau takkan tahu selagi kau tak rasa kehilangan/kemalangan"
"kau takkan tahu selagi kau tak rasa dikhianati/ditinggalkan"
kadang-kadang kita cuba sehabis baik pun, ia takkan cukup, dan orang takkan nampak semata-mata sebab
masa kita belum sampai. kita terus dipandang remeh dan rendah semata-mata sebab
masa kita belum sampai.
pengalaman memanusiakan manusia.
namun, ada masa, pengalaman
meninggikan manusia. Lalu mereka jadi superior.
salah kita kah kalau kita belum masuk universiti?
salah kita kah kalau kita belum bekerja?
salah kita kah kalau kita belum beli kereta?
salah kita kah kalau kita belum ada rumah sendiri?
salah kita kah kalau kita belum kahwin?
salah kita kah kalau kita belum ada anak?
salah kita kah kalau kita belum jadi ibu?
salah kita kah kalau kita belum jadi bapa?
salah kita kah kalau kita belum merasa kemalangan/kahilangan?
salah kita kah kalau kita belum merasa dikhianati/ditinggalkan?
seolah hina jadi orang 'muda' yang pengalamannya belum cukup dan
masanya belum sampai. walhal pengetahuan bermula dengan jahil,
superior bemula dengan
inferior,
matang bermula dengan naif.
Kita semua ada waktuu masng-masing. Dan kita hormat antara satu sama lain.
masa kita belum sampai. Dan masa kita
akan sampai.
Raja Waktu adalah Tuhan ; bukan kerja kita putar jam Dia.
Biar kita dengan waktu kita.
Biar kita dengan waktu kita.
ingatlah kiri dan kanan setia mendengar..
jgn kita jadi org yang bongkak sedangkan berjalan di dunia pinjaman.
seha,
menginjak zohor...